Semalam aku bermimpi
mimpi dari mimpi
Hujan dan berbasikal
satu putaran kemahuan yang kukesali
perlu juga digagahi untuk bersolat jumaat
melalui dewan kuliah bertingkat-tingkat
dari lunsuran dan anak tangga
Aku keluar dewan kuliah dan terus belok ke arah masjid
tapi banjir menyekati membuatku basah kekotoran
Bisikku, aku harus pulang ke rumah membersihkan diri
sementara sejurusnya menyaksikan keanehan-keanehan yang tak teringat
entah bagaimana aku tiba-tiba ke rumahnya
dan duduk bersama wajah-wajah yang kukenali
Ayahnya, teman-teman sekolahku, berbicara soal pelajaran
barangkali semua menunggunya utk keluar meraikan tamu hari raya
seolah dapat aku baca isi hati teman-temanku yang menyimpan perasaan kepadanya
Dalam kesenyapan aku hanya duduk di kerusi paling hujung
mungkin sebelah itu adalah biliknya
kerana terlihat botol-botol ubat dari celahan pintu
aku menunduk saja dengan perasaan ingin meminta diri
Tiba-tiba adiknya keluar memberikan sebuah kotak
dikatakan tinggalan kakaknya buatku sebelum keluar negeri
hatiku penuh persoalan.. mengapa?
Dalamnya terkumpul bermacam-macam barang peribadi
plasticin untuk menampal nota, pemadam-pemadam dengan contengan kata motivasi,
dan yang paling aku ingat..
sebuah jar kosong yang akan ternampak bayangan Taj Mahal dibalik sinaran matahari
Aku kongsikan perkara itu kepada si adik
aku gembira melihat keindahan Taj Mahal dibalik bayangan jar kosong
gembira dengan pemberian kotak peninggalannya
gembira dengan pemergiannya
gembira mimpi dari mimpi..
"O Soul, thou art at rest. Return to the Lord at peace with Him, and He at peace with you." - Darwaza-i rauza of Taj Mahal